Jom Rasa!@TV1
Jom Rasa!? Program apa tu? Menarik ke? Mesti anda semua tertanya-tanya kan apa itu Jom Rasa!. Hmmm.. biar Intan cerita sedikit..

Di zaman serba moden ini semuanya bergerak pantas.Semua orang mengejar waktu. Disebabkan arus masa yang pantas inilah ramai di antara kita yang mengambil mudah tabiat pemakanan masing-masing. Dengan fast food nya lah.. kuih muihnya lah.. mee goreng lah dan macam-macam lagi. Pendek kata apa saja yang boleh disumbat di mulut, semuanya dimakan tanpa memikirkan risikonya.

Tapi lah kan... walau sepantas mana kehidupan kita semua berlalu, tahap kesihatan kita perlulah dijaga. Semuanya bermula dengan apa yang kita makan sepanjang hayat kita. Anda semua kena ingat, kualiti hidup yang baik bermula dengan gaya hidup yang sihat... dan gaya hidup yang sihat bermula dengan tabiat pemakanan yang seimbang.

Intan tak nafikan, ramai juga antara kita yang sedar akan hakikat ini. Intan tabik mereka yang mengambil inisiatif memakan makanan-makanan berkhasiat serta mengamalkan diet seimbang untuk kesejahteraan hidup akan datang.

Tapi yang sedihnya.. ramai yang memilih menu diet seimbang dari Barat.. dengan oatmeal nya lah.. ikan tuna lah.. mushroom soup.. dan banyak lagilah. Seolah-olah makanan tempatan kita ini semuanya tak berkhasiat belaka.

Haa.. untuk itu, Intan nak buktikan kepada anda semua; makanan tempatan kita ini pun juga bernutrisi tinggi, sama seperti apa yang dihidangkan di negara-negara Barat. Intan juga nak tunjukkan, dengan kombinasi hidangan makanan yang seimbang nilai kalorinya, kita juga boleh mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dengan menggunakan makanan-makanan tempatan yang boleh dimasak sendiri di rumah.

Maka...bermulalah pengembaraan Intan menjelajah seluruh negara demi untuk mencari makanan tempatan dan eksotik yang tinggi nilai khasiatnya serta bernutrisi seimbang... Bukan senang tau nak mencari makanan-makanan ini, banyak dugaannya..Dan blog ini pula merupakan catatan pengembaraan Intan dalam setiap episod Jom Rasa!, khas untuk tatapan anda semua.

Jadi, apa kita tunggu lagi.. tontonilah Jom Rasa! di TV1 kalau nak tahu Ashyuk ke tak Ashyuk!




Semoga terhibur!